Gender

Male

Race

Malay

Total Reviews

Joined Date

13th July 2013

 
 
Teaching Preference

Tuition Level

Primary, Form 1 - 3, Form 4 - 5, STPM, Others

Tuition Subjects

Prinsip Akaun SPM
Basic to Account Diploma/Degree level
Geografi PMR
Bahasa Malaysia UPSR
Mathematic UPSR

Asas Bacaan Al-Quran kanak-kanak, remaja, dan dewasa (maklumat anda dirahsiakan)

Preferable Location

Kawasan KL & Selangor (termasuk: Universiti Malaya, Petaling Jaya, Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur,kl, Brickfield, Ampang, Cheras, Damansara, Subang Jaya, Kajang, Seremban, Kepong, Puchong, Shah Alam dan kawasan berhampiran)

Preferable Time

Jadual saya belum penuh buat masa ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jika jadual saya penuh, saya akan menyambungkan anda kepada rakjan-rakan saya yang turut berpengalman mengajar subjek berkenaan.

Preferable Rate

RM35-RM60 sejam untuk asa membaca Al-Quran
Rm50-80 sejam utnuk prinsip Akaun SPM
RM40-70 sejam untuk Geografi PMR
Rm30-60 sejam untuk Math, BM UPSR

Kadar di atas adalah anggaran dan mungkin berbeza-beza mengikut jarak saya perlu pergi dan kandungan yang perlu diliputi dalam jangka masa tertentu.

Ramai ibu bapa berpuas hati dengan Quranic Home Tuition dengan saya DAN pengajaran subjek AKAUN bersama saya, dan mereka mengesyorkan saya kepada rakan-rakan mereka :)

Availability Status

Available

 
Qualifications
Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak (2000-2004)
Diploma Pengajian Perniagaan (2005-2009)
 
Experiences
Berpengalaman menguruskan akaun syarikat selama beberapa tahun.

Mengajar asas AlQuran kepada pelajar pra-sekolah (umur 6-7 tahun), sekolah rendah, sekolah menengah dan dewasa di Perak.
 
Self Description
::PRINSIP AKAUN::
Sebagai seorang guru subjek akaun, saya seronok mengajar dan seorang yang sabar berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar dari pelbagai peringkat umur.

Mengajar adalah minat saya dari kecil dan merupakan suatu hobi saya di waktu lapang. Saya boleh mengajar berjam-jam lamanya tanpa saya sedar . Masa yang berlalu seolah-olah baru beberapa minit.

Saya kreatif dalam mengubah pemikiran negatif pelajar mengenai asas-asas pemahaman subjek Prinsip Akaun kepada pemikiran positif melalui kaedah yang mudah difahami.

Saya kreatif menyelesaikan masalah pelajar dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang lebih baik.

Membantu pelajar mengatasi perasaan rendah diri terhadap orang lain dalam subjek ini adalah sesuatu yang saya dapati sangat menarik yang saya dapati amat berharga. Saya merasakan ini tanggungjawab saya untuk membantu para pelajar memahami konsep-konsep akaun melalui cara paling mudah.

Membantu pelajar dari LEMAH kepada CEMERLANG dalam tempoh singkat adalah kepakaran saya.

Saya mngajar berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menguruskan akaun syarikat. Setiap teori, konsep dan kaedah akan dikaitkan dengan pengalaman hidup saya sendiri dalam menguruskan buku akaun syarikat.

Fokus saya ialah dalaam tempoh kelas yang SEDIKIT, grade peperiksaan meningkat BANYAK.

Saya akan pastikan yuran yang dibayar, komitmen masa dan tenaga saya dan pelajar berbaloi kepada semua pihak.

Hubungi saya dan izinkan saya untuk tunjukkan kepada anda/anak anda bagaimana prinsip akaun itu mudah dan menyeronokkan :)


::PENGAJIAN BACAAN AL-QURAN::

Sebagai seorang guru mengaji al-quran, saya seronok mengajar dan mempunyai kesabaran yang baik berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar dari pelbagai peringkat umur.

Saya suka mengubah pemikiran negatif pelajar mengenai belajar membaca Al-Quran kepada pemikiran positif.

Saya suka menyelesaikan masalah pelajar dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi umat Islam yang lebih baik. Membantu pelajar mengatasi perasaan rendah diri terhadap orang lain dalam membaca quran adalah sesuatu yang saya dapati sangat menarik yang saya dapati amat berharga.

Saya merasakan ini tanggungjawab saya untuk membantu umat Islam yang belum menguasai pembacaan Ayat suci Al-Quran.

Memberi pengetahuan adalah sesuatu yang sangat gembira lakukan. Kegembiraan ialah apabila saya berjaya membantu meningkatkan keupayaan pelajar untuk membaca Al-Quran dari TIDAK TAHU APA-APA kepada MULAI BOLEH MEMBACA PERLAHAN-LAHAN, daripada BOLEH MEMBACA PERLAHAN-LAHAN kepada BOLEH MEMBACA LAJU & LANCAR. Apa yang paling menarik adalah apabila dari TIDAK TAHU APA-APA kepada BOLEH MEMBACA LAJU & LANCAR.

Saya biasanya memulakan sesi dengan bertanya banyak soalan supaya saya dapat mengenal pasti bantuan apa yang anda perlukan. Kemudian, saya akan berunding dengan anda apakah langkah terbaik yang boleh diambil, dan seterusnya memastikan pelajar saya mampu membaca Al-Quran dengan lebih baik. InsyaAllah.

Saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada anda sehingga kita bersetuju memulakan pengajian.

Hubungi saya, moga saya mampu membimbing anda/anak anda menjadi lebih baik.
Sesungguhnya tiada istilah terlewat untuk belajar mengaji Quran. Semua maklumat pelajar pengajian saya adalah selamat dan tidak akan dikongsi sekiranya peljaar berkenaan tidak mahu maklumat diri dikongsi (biasanya peljaar dewasa)

Semoga Allah SWT merahmati usaha kita untuk menjadi lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.
 

 
 

VIP Tutor
Tutor Deepa Raj

Subject: BM English Mathematics Science Geography History Economics Commerce Accoun ...

Location: Tropicana, Bangsar, Mont Kiara, Jalan Ipoh, Sri Hartamas,Sentul,Kl Sentral, Bric ...