Gender

Male

Race

Malay

Total Reviews

Joined Date

28th September 2008

 
 
Teaching Preference

Tuition Level

Primary, Form 1 - 3, Form 4 - 5, Others

Tuition Subjects

UPSR
Matematik
Bahasa Melayu
Sains
Bahasa Inggeris

PMR
Mathematics
Sciences
English
Bahasa Melayu
Sejarah / History (Kerja Kursus)
Geografi / Geography (Folio)

SPM
Mathematics (Matematik Moden)
Add Math (Matematik Tambahan)
Bahasa Melayu

Preferable Location

Kota Bharu, Telipot, Pintu Geng, Bawah Lembah, Kampung Sireh, Pasir Kota, Taman Guru, Wakaf Che Yeh

TEL: 0.1.2 - 7.5.3.2.5.7.3

Preferable Time

8.00 AM - 10.00 PM everyday
8.00 AM - 10.00 PM setiap hari

not available on Friday (11.00AM - 3.00 PM)

Preferable Rate

NOTA: Biasanya saya akan memberi peluang kepada pihak ibu bapa/pelajar untuk menetapkan harga mengikut kemampuan mereka. Malah saya pernah mengajar masa tambahan secara percuma bagi mereka yang berpendapatan rendah). Saya sangat sensitif dalam menjaga kualiti perkhidmatan (Perfectionist).

Availability Status

Available

 
Qualifications
TEACHING QUALIFICATION / IKHTISAS PERGURUAN:

Honours in Bachelor of Science and Computer with Education (Mathematics)

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, Skudai.
 
Experiences
Experienced in school classroom teaching.

Ex-Director and Founder of Free Academic Tutor Programme for more than hundreds UPSR, PMR and SPM candidates (children of UTM staff).

Experienced in group home tuition.


Mempunyai pengalaman terlatih mengajar di dalam kelas dan suasana persekolahan Malaysia.

Bekas Pengasas dan Pengarah Program Tutor Percuma untuk Anak-anak Staf Sokongan UTM.

Pernah mengajar tuisyen dari rumah ke rumah (satu tutor - tiga tutee/pelajar).
 
Self Description
MENGENAI DIRI SAYA:

Saya merupakan graduan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Saya mengutamakan diagnosis sebelum melaksanakan sebarang pembelajaran/tutorial. Ini penting bagi memastikan tahap pembelajaran seseorang pelajar dapat dikenalpasti dan membantu mempermudahkan perancangan pengajaran untuk pembelajaran bagi satu-satu pelajar.

Sebagai pengajar, pengkhususan saya adalah dalam bidang Matematik, Matematik Tambahan dan Komputer (Multimedia, Literasi Komputer dan ICT), namun saya pernah ditugaskan untuk mengajar subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Lukisan.

Bercadang untuk menimba pengalaman belajar di Eropah untuk mengkaji sistem pengajaran berasaskan pencapaian kendiri. Selain pedagogi, saya turut mendalami kaedah andragogi yang khusus untuk pendidikan di kalangan pelajar dewasa.

Pernah beberapa kali mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Tahunan di sekolah dan menjadi Pelajar Terbaik SPM. Turut menjawat beberapa jawatan penting seperti Ketua Editor Majalah Sekolah, Setiausaha Pengawas Sekolah dan pembantu jurulatih Silat Gayung Pusaka Malaysia.

Pernah mendapat Anugerah Hadiah Khas dalam bidang ko-kurikulum daripada Persatuan Mahasiswa Pendidikan dan Fakulti Pendidikan, UTM.

Saya merupakan pengasas konsep tutor percuma, merangkap Pengarah Program KITAB yang mendapat tempat di kalangan ratusan anak-anak staf sokongan UTM dan mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai fakulti di UTM.

Saya juga pernah diberikan kepercayaan memegang jawatan Ketua Biro Informasi dan Dokumentasi PMP, menjadi ahli panel pengarang untuk buletin persatuan, selain mengarkibkan data-data berkaitan dengan dunia pendidikan semasa.

Saya juga pernah menjadi Pengarah Seni untuk Montaj (Multimedia) Pembukaan Hari Pendidik Peringkat Negeri Johor (anjuran PMP UTM).

Karya-karya saya pernah disiarkan di majalah-majalah tempatan. Pernah membantu beberapa orang novelis popular tempatan (khususnya novel-novel yang berkaitan dengan Sejarah daan Sirah) dalam aspek penulisan dan pembacaan pruf.

Pernah menjadi ketua fasilitator untuk Program Motivasi PMR dan SPM di Seremban, dan dipilih sebagai fasilitator UTM/ KPM untuk program motivasi untuk pelajar-pelajar matrikulasi.

Turut aktif dalam bidang sukan; antaranya menjadi Pengurus dan Pemain Bowling (tempat ketiga) dan terpilih mewakili kolej/universiti dalam SUKAM dalam bidang memanah selama dua tahun berturut-turut dan membantu pasukan kolej mendapatkan enam pingat perak.

Sebagai bekas pelajar sekolah / graduan universiti saya percaya bahawa akademik (intelektual), persatuan (kepimpinan/rohani) dan sukan (jasmani) haruslah bergerak seiring dalam kehidupan.

"Pemimpin Pendidik - Pemimpin Pemikir."
 

 
 

VIP Tutor
Tutor Deepa Raj

Subject: BM English Mathematics Science Geography History Economics Commerce Accoun ...

Location: Tropicana, Bangsar, Mont Kiara, Jalan Ipoh, Sri Hartamas,Sentul,Kl Sentral, Bric ...

VIP Tutor
Tutor Jonathan KY  019-3226385 (MATHS & SCIENCE For All Levels)

Subject: I am a full time tutor with GREAT AMOUNT OF EXPERIENCE, PATIENCE AND PASSION for ...

Location: Bandar Sri Damansara, Desa Park City, Desa Jaya, Selayang, Petaling Jaya, TTDI, ...